
Jadi, saya terpanggil untuk mencari sendiri kepastian kepada salah
satu produk yang bukan sahaja orang lain gunakan, malah saya juga turut
menggunakannya. Salah satu persoalan yang paling ramai pengguna nak tahu
mengenai Shaklee adalah berkenaan status halal Shaklee.
Maklumlah, Shaklee dibuat dan diimport dari USA. Dan kat botol Shaklee takde
pula tu tanda logo Halal Jakim kannn.. :D
Jadi adakah Shaklee halal?
Okay, pertama sekali sebelum kita nak lihat adakah halal
ataupun tidak, kita kene tahu dulu fakta ini :
1) Shaklee bukanlah produk Malaysia. Produk ini dihasilkan di USA. Kilang di USA. Bahan mentah semuanya dari sana.
2) Shaklee dieksport ke Malaysia.
Jadi, jelas ya.. produk Shaklee ni semua dari USA.
Yang kedua pula, yang perlu kita tahu ialah, kesemua produk
Shaklee yang dijual di Malaysia telah pun mendapat Sijil Halal daripada Islamic
Services of America (ISA).
ISA adalah salah
sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM.
Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam
sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin,
OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam
pasaran Malaysia)
Seperti di awal artikel saya tadi, saya sudah pun jelaskan mengenai
sumber makanan yang haram pastinya akan menjejaskan hati. Daging yang tumbuh
dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa
keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api
neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah
merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan,
kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.
Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita
sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak
lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk
produk-produk tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara
(yang diguna pakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research
Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Untuk senarai anda boleh lihat di sini.
Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tidak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM
Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tidak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM
SESUATU YANG PERLU ANDA SEMUA TAHU….
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur
yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk.
Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling
sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari
ISA, sepatutnya tiada isu, bukan
Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar
sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa
sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebagai penutup, produk-produk dalam pasaran Malaysia terdapat
dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee
dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu. Yakin ya!!
Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati
kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang
lebih sihat!
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal
Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee
Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
NURUL FAZEATY BT MOHAMAD RADZUAN
♥ sms/whatsApp: 013-5387591
♥ Emel : nurul_fazeaty@yahoo.com atau fazeatyradzuan@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/tipskecantikandalaman


.jpg)
.jpg)
.jpg)
0 comments :
Post a Comment