
Sekarang ini, kalau kita lihat terlalu banyak peniaga-peniaga yang mencuba nasib mempromosikan perniagaan mereka secara online. Kalau dulu, susah kita nak lihat peniaga-peniaga online ini. Semua meniaga secara offline. Dari mata ke mata. Mulut ke mulut. Sampai kadang kala kena maki hamun dengan orang disebabkan rimas dengan sikap peniaga ni.
Kenapa ye agak-agaknya sudah ramai peniaga-peniaga online ni??
1.
Kos atau modal yang murah
Tidak memerlukan modal yang banyak dan dikatakan agak rendah
berbanding perniagaan secara offline. Purata memulakan perniagaan online
bermula modal serendah RM200 ke RM1,000.
2. Bebas waktu bekerja
2. Bebas waktu bekerja
Anda sendiri yang menentukan masa bekerja. Jika anda mempunyai pekerjaan tetap, anda masih boleh lakukan perniagaan selepas waktu bekerja. Jadi, tiada had masa untuk anda dalam menguruskan perniagaan online ini.
3. Bebas tempat bekerja
Dengan melakukan perniagaan online, anda hanya boleh mengawal bisnes dengan hanya menggunakan laptop atau PC. Anda hanya boleh berada di mana tempat seperti di rumah, restoran,
melancong, kampung dan banyak tempat lagi janji mempunyai line internet.
4. Tidak perlu sewa pejabat atau kedai
Dengan perniagaan online, sebenarnya anda sudah memiliki pejabat dan kedai maya anda itu. Semua tempat di mana anda berada adalah pejabat dan kedai anda. Cuma anda hanya memerlukan kelengkapan seperti laptop atau PC, dan talian internet. Bukan itu sahaja, anda juga boleh sewa tapak hosting atau memiliki nama domain perniagaan jika ingin kelihatan lebih profesional untuk meningkatkan lagi potensi bisnes anda.
5. Tidak perlu ‘travel’
Kelebihannya adalah anda tidak perlu bergerak ke sana ke mari untuk berjumpa pelanggan atau menghantar produk. Anda hanya boleh berkomunikasi pelanggan anda melalui komputer. Jika ingin menghantar informasi hanya melalui sistem email, video dan pelbagai lagi tools yang terdapat di laptop atau PC.
Jadi disebabkan kemudahan dan kesenangan ini, ramai di antara
mereka termasuk SAYA sendiri memilih berniaga secara online
Untuk pengetahuan pembaca semua, saya juga mempunyai perniagaan
secara online. Saya memulakan perniagaan secara online dalam bidang kraf tangan.
Jika tidak silap saya, saya bermula dari tahun 2011. Manakala untuk business SHAKLEE ini baru je, tak sampai setahun . Ketika itu banyak sangat
halangan. Rasa takut dan tak yakin pada diri sering membelenggu saya. Tetapi
atas nasihat dan sokongan daripada ahli keluarga, sahabat handal. Saya mampu
berdiri sehingga sekarang walaupun tidak sehebat mana.
Jadi disebabkan sudah mempunyai hampir 3 tahun dalam perniagaan
online ini, saya nak kongsi beberapa tips yang saya rasa perlu ada, dan saya
juga cuba amal dan praktikkan J
Untuk berjaya, sebenarnya bukan perkara mudah. Tak kiralah berjaya
dalam bidang apa sekali pun. Jika tidak punya USAHA yang jitu dan
bersungguh-sungguh, pastinya sukar temui kejayaan bukan??
Jadi yang paling utama, USAHALAH…USAHALAH..USAHALAH.. saya suka
simpan kata-kata ni.. ‘ALLAH amat sukakan hambanya yang selalu berusaha’..
sewaktu saya belajar ke atau dalam bidang niaga sekali pun, ini ayat yang
selalu saya simpan dan ingat. Saya tahu, Allah tidak kejam. Dia akan bantu jika
kita berusaha..
Kedua, Simpanlah niat yang baik. Niatkan dalam hati tujuan kita
berniaga ni kerana ALLAH. Niat yang baik ini selalunya akan dipermudahkan
Allah. Percayalah jika niat kita baik, apa-apa ujian yang datang juga pasti
akan kita tempuhi dengan hati yang redha..
Selain dari itu, kita sebagai peniaga online ni kena berani
menanggung risiko. Eh tapi jangan silap. Bukan berniaga online je kenan ada
rasa macam tu, tetapi kalau dah simpan niat nak berniaga, hati kena la bersedia
dengan sebarang kemungkinan. Jangan fikir untung je sepanjang masaJ
Saya teringat sewaktu mula-mula berniaga online. Saya menawarkan
perkhidmatan agen dropship dan kebanyakan dropship saya di kalangan student.
Almaklum lah, student yang suka cari duit lebih ni.hehehe. Macam mana, malang tak
berbau, saya telah ditipu oleh agen saya. Katanya barang dah habis terjual,
tetapi bila minta dibank in duit hasil jualan. Dia tak beri. Senyap.. sampai la
sekarang. Mungkin jumlah jualan tidak banyak, tetapi bagi saya ketika itu, ia terlalu
bernilai. Saya rasa seperti marah dan tak boleh terimala.. Tetapi saya cuba
berfikir kembali “ ni mungkin bukan rezeki aku, redha jela..ada rezeki lain tu”.
Lama-kelamaan saya pun belajar redha sampai sekarang. Dan dari peristiwa itu,
saya belajar berhati-hati dan ambil langkah baru, di mana sejak haritu, agen
dropship saya Cuma promote secara online je, tak perlu secara offline. Dan
ternyata ia lebih efektif J
Fuhhh.. Panjang kan celoteh saya,,hehehee.. Kalau nak cerita lagi
ini, banyak. Tetapi cukuplah setakat ini. Cuma apa yang saya nak pesan dan
minta peniaga-peniaga di luar sana., tak kiralah secara online dan offline. ‘apabila
anda semua punya keuntungan yang lebih atau keuntungan walau sedikit pun,
jangan lupa untuk sedekahkan sedikit kepada yang memerlukan.. Kerana apa??
Kerana rezeki itu dari Allah. Jadi lebih baik kita kongsikan bersama-sama orang
yang memerlukan..
Kita berniaga, bukan sahaja ingin mencari keuntungan di dunia,
tetapi ingin mencari keuntungan dan saham di akhirat. Percayalah. Anda tidak
akan muflis jika anda berkongsi rezeki !! Wallhualam
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
NURUL FAZEATY BT MOHAMAD RADZUAN
.jpg)


.jpg)
0 comments :
Post a Comment