Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di
Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar
untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah
penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk
anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut untuk mengelakkan anda dari menjadi
mangsa kencing manis.
Terdapat dua jenis diabetes - Jenis 1 (Type 1) dan Jenis 2 (Type
2). Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2.
Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius
berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri
dengan insulin.
Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1
badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas
dengan baik terhadap insulin dan / atau insulin yang dihasilkan tidak
mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.
Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis
1.
Paras
gula darah tinggi
Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah
dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula
darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah
yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
2.
Dahaga
yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang
berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak
hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang
anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini
memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam.
Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi.
Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair
yang hilang.
3.
Hilang
berat badan secara tiba-tiba
Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan
berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah
orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam
sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia
kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
4.
Sentiasa
rasa lapar
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak
bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat
diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk
kadang-kadang jatuh.
Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan
menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi.
Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
5.
Luka
lambat sembuh
Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran
darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan
arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk
sampai ke anggota-anggota di badan.
6.
Keletihan
dan cepat marah
Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan
membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada
waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda.
Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
7.
Penglihatan
kabur
Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta
dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula
dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi,
sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan
kekal, mungkin juga buta.
.
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan, ia adalah
lebih baik dicegah secara awal. Anda bukan sahaja perlu mengawal cara pemakanan
anda, malah turut perlu mengambil beberapa supplemen untuk membantu merawat dan
mencegah dari menjadi lebih serius..
Buntu supplemen mana yang nak pilih??Memandangkan sekarang sudah
banyak produk2 untuk set diabetes ini??
Tetapi jangan bimbang..Shaklee juga ada…Set diabetes yang
sangat-sangat mesra alam
SET DIABETES SHAKLEE
BAGI YANG PUNYA BAJET KURANG, BOLEH AMBIL YANG SET ASAS DIABETES INI :) |
BOLEH JUGA DITAMBAH DENGAN VITAMIN VITALEA |
Bagi yang bajet agak lebih, yang nak try full set, boleh la amik, B-Complex, Vita lea, Vitamin C dan juga Zinc Complex :)
Untuk entry yang lain, saya akan ceritakan yang lebih detal lagi ya mengenai set diabetes ini:)
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh
hubungi saya di:
NURUL FAZEATY
BT MOHAMAD RADZUAN
♥
sms/whatsApp: 013-5387591
0 comments :
Post a Comment