Setiap dari ibu bapa yang mempunyai anak, terutamanya si ibu, pasti
rasa sangat bahagia apabila melihat perkembangan positif anak-anak mereka. Hati
rasa gembira, bahagia malah rasa seperti hati berbunga-bunga di kala melihat
senyuman dan gelak tawa si anak.
Saya masih belum mempunyai pengalaman sedemikian, maklumlah masih
lagi bujang. Tidak bergelar seorang ibu lagi, tetapi melalui pembacaan dan pengalaman
dari kawan-kawan yang sudah berumah tangga, sedikit sebanyak saya belajar
mengenai ini J Rasa
tak sabar pula nak ada anak sendiri.hehehe
Walau bagaimanapun, pernah tak di kalangan kita si ibu, yang sering
merungut apabila melihat anak mereka seakan-akan tidak gembira, atau barangkali
suka menangis?? Jenuh la kita cari macam2 jalan penyelesaian, terpikir-fikir,
kenapa la bayi aku ni suka menangis.. Lapar ke?? Tak kenyang ke?? Sakit ke??
BUNTU BUKAN??
Ada banyak sebenarnya punca
yang menjadi penyebab kenapa si anak ni suka menangis.. Antara punca-punca
yang di kenal pasti ialah…
Yang menjadi kekerapan kepada masalah ialah apabila si bayi
lapar. Memang menjadi masalah bukan bila si bayi ini menangis disebabkan
lapar. Kadang-kadang lapar bukannya sebab apa, tetapi kekurangan susu ibu
tu yang menjadi faktor utama.. Bila si ibu tidak mampu menghasilkan dan
memberikan susu yang secukupnya, pasti si anak sering menangis kelaparan.
Tahukah anda bahawa susu ibu sangat penting bagi si bayi??
Kenapa ya??
Susu ibu merupakan makanan yang paling terbaik untuk
si bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi
kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Ianya juga mudah diserap
dan dihadam oleh sistem pencernaan bayi, selain dapat melindungi bayi dari
serangan penyakit seperti cirit- birit.
Bagi bayi yang
mengalami jaundice (demam kuning), susu ibu merupakan penawar
yang terbaik yang dapat mengeluarkan sisa bilirubin dari tubuh bayi.
Untuk pengetahuan pembaca, pada peringkat awal kelahiran,
kelenjar payudara akan mengeluarkan cecair kekuningan yang dinamakan kolostrum.
Ada sesetengah ibu yang membuang susu ini kerana menyangkanya susu basi.
Sebaliknya, kolostrum mengandungi zat khusus untuk bayi di awal kelahirannya.
Antaranya, kaya dengan antibodi yang dapat melindungi bayi daripada serangan
bakteria.
Tambahan lagi, dalam Al-Quran juga menganjurkan para ibu untuk menyusukan
bayi mereka. Sebaik-baiknya sehingga si bayi berusia 2 tahun.
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka
selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan
itu…” (Al-Baqarah : 233)
Ok, dah tahu bukan kelebihan
susu ibu kepada si bayi?? Allah, terlalu banyak hikmah yang Allah berikan
kepada kita, hambanya..Masakan Allah menjadikan sesuatu yang pastinya tidak
punya kebaikan dan kelebihan bukan??
Tetapi, persoalannya adakah si ibu
ini tahu bila si bayi ini mendapat susu yang mencukupi atau tidak??
Kalau si ibu-ibu di luar sana
ingin tahu, tanda-tanda si bayi anda mendapat bayi yang secukupnya
adalah:
- Bayi anda menyusu 8 hingga 10 kali sehari
pada dua atau tiga minggu pertama.
- Buah dada anda sudah melepaskan susu
sepenuhnya dan merasa lebih lembut selepas penyusuan.
- Kulit
si bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila
dicubit.
- Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya
enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk
mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang
basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
- Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
- Najis
bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis
semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.
Manakala, tanda-tanda si bayi anda tidak mendapatkan susu
yang secukupnya ialah:
- Bayi anda
tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas
dua minggu.
- Payu dara
anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
- Bayi anda
meragam atau sering letih.
- Pipi bayi
anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda
yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan
nasihat pakar
perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang
betul.)
- Selepas
hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin
lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24
jam.
- Bayi anda
tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya
masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
- Bayi anda
semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu
pertama.
- Muka bayi
anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
- Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama
Ianya pasti menjadi satu masalah yang besar sekiranya si bayi tidak
mendapatkan susu yang secukupnya. Jadi menjadi tanggungjawab si ibu untuk
memastikan si bayi mendapatkan susu yang secukupnya. Pilih lah mana-mana
suplemen yang membantu si ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu
atau susu tidak cukup pekat.. Jika anda punya masalah seperti itu, anda
boleh mencuba produk ESP Shaklee.. Anda juga boleh membaca info lain di sini.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
NURUL FAZEATY BT MOHAMAD RADZUAN
♥
Fb: www.facebook.com/tipskecantikandalaman
0 comments :
Post a Comment