Anda sebagai seorang isteri pernah tak dengar rungutan dari suami
yang selalu ingin merasai masakan anda? Tambah-tambah jika anda seorang isteri
yang berkerjaya..Mesti masa untuk memasak terhad. Kadang-kadang waktu hujung
minggu je boleh masa..Itu ok lagi..Ada paling parah ,hujung minggu pun tak nak
masak, alasannya, nak rehat hujung minggu.
Aduhai, macamane ye boleh jadi
begini. Si isteri kena ambil serius tau hal ini..Pernah dengar tak ayat ni “nak
pikat hati suami ni, biar melalui air tangan”.. Ha..ape maknanya tu???
Ok, saya ni bukanlah orang
yang berpengalaman bab-bab gini. Maklumlah belum berumah tangga. Tapi emak saya
ni, selalu la suka bercerita sambil menasihati saya.. Paling yang dia suka
cakap kalau bab kahwin..Dia selalu nasihatkan kalau dah kahwin, jangan malas
masak.. Sesibuk mana pun kita, jangan
lupa masak..Suami ni kalau dah rasa air tangan kita, sedap pula tu, insyallah
suami akan sayang sampai ke syurgaJ Setia until jannah tau..hehehhe
Ha, excited tak nak memasak lepas ni?? Kalau excited nak tambat
hati suami, meh le belajar memasak..Ops..anda tak reti memasak?? Ala, susah
apenye..sekarang boleh beli buku memasak lagi..Kalau malas, google je..kan
senang..hehehehe. Saya pun rajin mengoogle tau resipi2 ni.hehhe
Kalau dah tambat hati suami dengan masakan, kasih sayang pun
bertambah tau. Contoh salah satu artikel ni..kisah si isteri yang baru
berjinak-jinak nak memasak untuk encik suami..hehe…jom baca kat sini..sweet
gitu..ehhehee
Ok, itu je la cerita saya hari ni..Ha, terlupa pula saya.. Dalam
pada kita memasak tu kan, jangan lupa berzikir, berselawat.. Amalan macam ni
sangat digalakkan terutama jika nak memasak. Yela,dalam niat kita nak memberi
si suami tercinta makan, tak lupa juga kita mengucap alunan-alunan yang
indah-indah, baik-baik kan??Kita kan nak jadikan ia bukan sahaja sumber yang
halal malah berkat J Ni
ada sedikit doa-doa yang dapat saya kongsikan..Boleh la diamalkan.. Bagi yang
bujang pun boleh..:)
Akhir sekali, saya nak kongsikan kepada anda semua, doa untuk
pengikat kasih sayang buat pasangan suami isteri.. Elok diamalkan bagi mereka
yang sudah berkahwin mahupun yang belum/bakal mendirikan rumahtangga
0 comments :
Post a Comment