Home » » Untuk berjaya perlu lebihkan Akhirat dari Duniawi.. Benarkah ??

Untuk berjaya perlu lebihkan Akhirat dari Duniawi.. Benarkah ??

Written By Unknown on Saturday 13 September 2014 | 00:21




Untuk seseorang usahawan itu berjaya di dunia, rasanya itu perkara yang mudah walaupun mungkin akan dilanda pelbagai cabaran dan rintangan. Namun, untuk usahawan berjaya di dunia mahupun akhirat mungkin ia agak sukar.. Tetapi ia tidak MUSTAHIL untuk dilakukan J


Kalau nak cerita pasal apakah faktor-faktor atau ciri-ciri usahawan yang berjaya. Saya pasti semua orang pun dah tahu (tapi jarang buat dan ikut).

Ada orang kata, untuk jadi usahawan berjaya, kita kena kerja keras..
Ada yang kata, kita kena berani ambil risiko..
Ada yang kata, kita kena ada ilmu yang mantap..
Ada yang kata, kita perlu ada mentor & network…
Ada yang kata, kita perlu bijak menjual..
Ada yang kata, kita perlu menguasai minda kita..


dan macam-macam lagi….

Saya pasti ramai usahawan-usahawan di luar sana sudah pun mempraktikkan pelbagai cara untuk memajukan perniagaan mereka. Hingga kadang kala sanggup berhabis duit untuk menghadiri seminar mahupun kursus untuk memantapkan lagi ilmu perniagaan ini..

Semuanya sangat bagus dan insyallah, jika ianya diamalkan, pasti akan mampu membawa diri serta perniagaan kita ke tahap yang lebih baik.

Namun begitu, dari banyak-banyak tips tersebut, saya sebenarnya  amat tertarik dengan tips yang Allah berikan di dalam Al-Quran, tentang bagaimana kita boleh menjadi usahawan/orang yang berjaya, bukan sahaja di dunia, malahan diakhirat juga..

Ianya ada pada Surah An-nur, ayat 37-38, yang bermaksud :

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Di dalam ayat di atas, Allah memberitahu kita…
Orang yang berniaga, tetapi tidak dilalaikan oleh perniagaan mereka. Malahan, sentiasa  mengingati Allah ( cth berzikir) dan tetap mendirikan solat, serta mengeluarkan zakat serta  takutkan hari kiamat (lalu tidak menipu & tidak berbuat perkara-perkara haram)  . Maka, Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan (dunia & akhirat).

Malahan, Allah akan tambahkan lagi rezeki mereka hingga tidak terhitung.



Tetapi cuba kalau kita lihat sekarang, segelintir peniaga, kalau hari Jumaat tetap buka kedai. Sepatutnya apa salah kalau kita tutup sekejap, pergi menunaikan solat Jumaat(bagi lelaki). Kenapa la nak kejar harta dunia tetapi harta akhirat pun tiada kan?? Lagi satu contoh kalau kita lihat sewaktu bulan ramadhan,kebanyakan peniaga yang berniaga akan buka kedai seawal 4 petang lagi.Kadang-kadang tu tengah hari dah ada. Saya sering terpikir, mereka ni solat macam mane?? Takkan la tak solat kan?? Kalau ada yang solat tu alhamdulillah..bagus..Saya respect..Tapi kalau yang tak solat..?? Allah…rugi..rugi…

Jadi formula yang saya rasa sangat berguna untuk peniaga-peniaga termasuk saya ini ialah :

1.Beriman & sentiasa ingat Allah (berzikir)jangan lalai (ramai usahawan lalai bila dah untung lebih sikit).

2. Solat.. banyak rahsia-rahsia tersembunyi dalam solat (antaranya berkaitan dengan disiplin, fokus, istiqamah, networking (jemaah), dan banyak lagi)


3. Zakat.. membersihkan harta & jiwa. (Memberi, tanda syukur kepada Allah.)


4. Yakin.. Yakin yang setiap rezeki dari Allah. Anda takkan rugi pun. Husnuzon pada Allah ya.

4. Akhirat.. itulah “ultimate goal” kita, bukan sekadar mahu untung atau mahu jadi kaya di dunia.. ianya lebih jauh dari itu, iaitu sehingga ke alam akhirat. Amatlah rugi bagi usahawan yang berniaga hanya semata-mata mahu jadi kaya sahaja..


Bagi anda yang berniaga secara online mahupun offline, boleh mendapatkan tips berguna di sini..

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



NURUL FAZEATY BT MOHAMAD RADZUAN
♥ sms/whatsApp: 013-5387591

0 comments :

Post a Comment