Korang semua pernah tak alami masalah jerawat?? Tona kulit tak
sekata?? Muka kusam?? Kadang-kadang orang kata macam mayat hidup je.hehhehee Tipu
lah kan kalau kata tiada siapa pun yang tidak pernah alami..Saya pun pernah,
tambah-tambah kalau datang bulan, mula la naik jerawat-jerawat ni,hehehe.
Tetapi saya bersyukur la tidak alami masalah jerawat yang teruk.Selalu kalau
naik pun cepat je kecut..:)
Nak kulit cantik ni sebenarnya ada cara tersendiri. Bukan pakai
hentam je..hehehe..Kalau korang sebelum ini pernah lihat,baca atau atau dengar, banyak
sebenarnya petua-petua orang dulu-dulu ni, macam-macam petua nak cantikkan
kulit ni. Kan??Tak payah susah-susah pun, kadang-kadang guna benda yang simple
je, macam buah-buahan..
Kalau korang nak tahu, buah-buahan ni adalah rahsia semula jadi tau
untuk dapatkan kulit yang cantik.. Terlalu banyak manfaat buah-buahan ini pada
kulit serta juga kesihatan..Ni ada satu artikel yang sempat saya baca tentang
manfaat buah-buahan ni. Ia sangat simple dan ringkas.Senang untuk difahami.
Anda boleh baca di sini ya..
Kalau korang dah baca artikel di atas, boleh la saya sharekan sikit
antara buah –buahan yang memang superb power la untuk kulit ni..hehe
Avokado
Avokado membantu melembap dan melindungi kulit dari sinaran
matahari. Isi avokado boleh dijadikan masker kulit wajah,
manakala kulit avokado pula boleh dimanfaatkan sebagai krim penghalus kulit.
Nanas
Masker yang
dihasilkan dari nanas bertindak membantu menghapuskan sel-sel kulit mati sekali
gus dapat mengurangkan cela di wajah. Elakkan penggunaan nanas bagi kulit
kering kerana ia boleh menambahkan kekeringan dan mengakibatkan kegatalan pada
wajah.
Limau nipis
Limau nipis sememangnya cukup terkenal dengan khasiatnya terhadap
rawatan kecantikan kulit. Ianya dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati,
juga mengurangkan kedutan di wajah selain bertindak sebagai pelembap kulit.
Epal
Epal berkesan sebagai pembersih kulit yang kasar dan kusam. Selain
daripada itu, estrak buah epal dapat digunakan sebagai minuman yang menyegar
dan membersihkan kulit. Kandungan anti oksidanya pula dapat membantu
melambatkan proses penuaan dan kedutan di wajah.
Anggur
Amalkan pengambilan buah anggur untuk menyegarkan kulit yang tidak
bermaya. Selain itu, buah anggur yang diminum membantu menjadikan kulit lebih
licin. Ianya juga sejenis buah yang rendah kandungan lemak.
Bagi yang ingin mengekalkan kecantikan kulit, anda boleh
menambahkan dengan pengambilan supplemen yang mana bukan sahaja baik untuk
kecantikan, malah kesihatan.. 2 in 1 bak kata orang.. Boleh klik di sini.. Untuk kulit yang gebu atau yang mahu buat masker, boleh juga mencuba produk ESP shaklee ini
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
NURUL
FAZEATY BT MOHAMAD RADZUAN
♥
sms/whatsApp: 013-5387591
♥ Emel : nurul_fazeaty@yahoo.com atau
fazeatyradzuan@gmail.com
0 comments :
Post a Comment