Home » » Terokai..kaji...dan bertindak segera sebelum terlambat

Terokai..kaji...dan bertindak segera sebelum terlambat

Written By Unknown on Friday 12 September 2014 | 07:59


Dalam artikel sebelum ini, saya ada nyatakan beberapa tips business online dan juga menceritakan pengalaman saya sewaktu berniaga online ni. Dah baca?? Ala..kenapa belum?? Kalau belum, meh baca tau..


Jadi disebabkan artikel dulu mengenai tips business online, jadi harini saya nak sambung pulak, bagaimana peniaga-peniaga online ini nak terus bertahan lama.

Ini ialah beberapa tips yang jika diamalkan, mungkin dapat membantu perniagaan internet anda bertahan lebih lama. 

1 ) Kumpul Database Prospek
Prospek ialah mereka yang mempunyai potensi untuk menjadi bakal pembeli produk anda samada produk lama anda atau produk baru yang bakal anda lancarkan.
Sebagai contoh, untuk mengumpul ramai prospek, anda boleh menawarkan pemberian percuma kepada para pelawat website jualan anda. Jika anda ada menjual produk ubat kurus, anda boleh menawarkan free report dalam bentuk PDF “Tips Workout Di Rumah”. Tawarkan kepada mereka free report seperti ini dan pada masa yang sama mereka perlu meninggalkan emel dan nama mereka kepada anda.
Dengan cara ini, anda dapat menghubungi mereka bila-bila masa sahaja untuk memaklumkan tentang produk jualan anda. Lebih ramai prospek yang anda berjaya kumpul, lebih besar ruang untuk berlaku pembelian. Jika ditanya kepada usahawan-usahwan internet yang berjaya, mereka selalunya mempunyai lebih dari 20,000 senarai database prospek di dalam maling list mereka.

2 ) Mendahulukan Perkongsian

Penjual yang bijak tidak akan terus menerpa seseorang dan terus menawarkan kepada orang tersebut produk-produk-produk jualan mereka. Kebiasaannya mereka akan memulakan perbualan terlebih dahulu atau bertanya beberapa perkara kepada pelanggan.
Begitu juga dengan jualan di internet. Walaupun anda mempunyai emel prospek, elakkan untuk terus membuat jualan. Anda di galakkan untuk menghantarkan emel berbentuk informasi dan tips secara percuma terlebih dahulu. Ianya adalah bertujuan untuk membian perhubungan dan kepercayaan antara prospek dengan anda.
Selepas 2 hingga 3 kali menghantar emel sebegini, barulah anda menghantar emel yang berbentuk jualan.



3 ) Fokus Untuk Membantu

Apa sekalipun tujuan anda membina empayar perniagaan internet, usahakan untuk mempunyai niat untuk membantu orang ramai. Jika anda hanya melihat tujuan utama adalah untuk mengaut keuntungan, maka ia tidak akan berpanjangan.
Sebagai contoh, jika anda sedar bahawa ramai orang suka untuk menghantar kereta mereka ke bengkel namun kebanyakan daripada mudah tertipu, maka anda sebagai pakar dalam bidang ini boleh menulis ebook lengkap untuk membimbing mereka bagaimana untuk mengelakkan diri  dari ditipu oleh pemilik bengkel. Cara ini dapat membantu ramai pemilik kenderaan dari tertipu dan sekali gus dapat menyelamatkan wang mereka dengan jumlah yang besar.
Maka di sini, anda boleh lihat, ebook yang anda hasilkan,  begitu memberi manfaat kepada mereka. Jika itu yang menjadi fokus utama, anda tidak perlu risau, wang dari jualan akan menyusul kemudian dengan banyaknya.

4 ) Membina Jaringan Network

Ini adalah tips yang terpenting jika anda mahu perniagaan anda terus kekal lama, malah ianya seringkali menjadi batu loncatan kepada usahawan-usahawan baru untuk berjaya di dalam bidang perniagaan internet ini dengan pantas. Ini kerana apabila anda mempunyai jaringan network yang kuat, terutama apabila anda bekerjasama dengan senior yang sudah mempunyai nama di arena bisnes internet, maka produk anda, akan lebih mudah untuk mendapat kepercayaan orang ramai.
Oleh itu, anda perlu mengenal pasti siapakah mereka yang sudah mempunyai tapak yang kuat dalam niche tertentu di dalam bisnes online. Hubungi mereka untuk mendapatkan sebarang kerjasama.
Dengan mengadakan ikatan networking dengan mereka seperti ini, anda mampu menaikkan bisnes anda ke peringkat yang lebih tinggi.

5) Sentiasa Tambah Ilmu

Perniagaan internet adalah antara perniagaan yang pantas berkembang. Teknik pemasaran yang sangat yang berkesan pada 2-3 tahun lalu, tetapi hari ini sudah tidak begitu efektif. Jika dulu, untuk mendapatkan ranking Top 10 di Google adalah sangat mudah, tetapi pada hari ini, dengan kewujudan beribu-ribu pesaing, ianya menjadi semakin sukar. Begitu juga, dengan facebook, jika dulu, hanya dengan mengumpul beribu-ribu like pada fanpage, anda sudah boleh buat beribu-ribu ringgit setiap bulan, tetapi hari ini, mempunyai ratusan ribu like pun belum tentu mampu memberikan anda hasil jualan yang tinggi setiap bulan.


Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda sentiasa mengemaskini ilmu anda di dalam menjalankan perniagaan internet.

Baiklah, itu sahaja antara tips mudah yang boleh kita sama-sama belajar pada hari ini. Semoga semua ilmu yang di sampaikan dapat memberi manfaat kepada anda yang sudi membaca.

Sedikit motivasi dari Dr Azizan









Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


NURUL FAZEATY BT MOHAMAD RADZUAN
♥ sms/whatsApp: 013-5387591
♥ Emel : 
nurul_fazeaty@yahoo.com atau fazeatyradzuan@gmail.com


0 comments :

Post a Comment