Home » , » Perlukah kita Ambil Supplemen??

Perlukah kita Ambil Supplemen??

Written By Unknown on Wednesday, 8 October 2014 | 06:18

Assalammualaikum.. Perasan tak, selalunya kita jarang atau takut mahu ambil supplemen dengan alasan macam-macam la.. Takut tak sesuai la.. Takut jadi pape la.. Dan yg paling mengecewakan apabila sakit baru tergesa-gesa cari supplemen.. Sedangkan Nabi kita Muhamad SAW pun dah beritahu ‘mencegah itu lebih baik dari merawat’



Jadi hari ini, saya nak kongsi dengan pembaca semua, kenapa supplemen penting untuk kita pada masa kini..


Kenapa Perlu Ambil Supplemen /Vitamin??

1
. Makanan tak seimbang : ini yang selalu kita amalkan..

2.
Masalah penghadaman : Penghadaman yang tak efisien boleh menghadkan penyerapan vitamin oleh tubuh.
Contohnya kalau mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat..ni akan menyebabkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu pun boleh menjejaskan penyerapan vitamin kesan dari kunyahan yang kurang efisien.

3.
Kopi, Teh Panas & Rempah : Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. dan kesannya kurang rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang. 


4.
Alkohol : Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium. 

5.
Merokok :  Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun..

6.
Julap / ubat sembelit / ubat kurus : Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Jika kita ambil julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium. 

7.
Diet Yoyo : Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin..Diet yang paling top ialah diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K..Diet vegetarian pula diet yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain yang boleh beri kesan kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia. 

8.
Makanan terlebih masak Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E..

9.
Makanan diproses (dalam tin) :  Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangka masa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali. 

10
. Fast foodMakanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut..


11.
Antibiotik : Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan, boleh juga menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus. 

12.
Alahan Makanan : Ada sesetengah orang yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium. 

13.
Kehilangan nutrien dalam tanaman : Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah seperti penggunaan baja yang bukan organik dan racun serangga..

14. 
Kemalangan atau penyakit : Sebagai contoh; luka terbakar boleh menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel..

15.
Tekanan atau stress : Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.

16
. Sindrom pra haid : Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6. 

17.
Remaja : Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.

18.
Wanita hamil : Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi. 

19.
Pil perancangPil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.

                       


20. Warga emasPeningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan..

Ok, lepas saya dah senaraikan kepentingan kenapa kita perlukan supplemen ni, agak-agak nak beli ke tak supplemen?? Atau masih ragu-ragu lagi?? Tepuk dada tanya iman..



Jom dapatkan SUPPLEMEN MESRA ALAM dari SHAKLEE J


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


NURUL FAZEATY BT MOHAMAD RADZUAN
♥ sms/whatsApp: 013-5387591
♥ Emel : 
nurul_fazeaty@yahoo.com atau fazeatyradzuan@gmail.com

0 comments :

Post a Comment