Anak-anak
yang dilahirkan adalah amanah yang paling berharga dari Allah SAW. Ia dilahirkan
di dalam keadaan yang suci bersih tanpa dicalit sebarang dosa dan noda .Jadi hendaklah
menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan
acuan Islam yang betul.
Seperti
kita tahu, di saat menunggu kedatangan si anak dan sehinggalah saat-saat
kelahirannya, ibu-ibu sering mempersiapkan diri bukan sahaja dari sudut
lahiriah, malah rohaniah.Ia menjadi rutin harian sepanjang tempoh mengandung
dan di bawalah sehingga selepas kelahiran.
Yang
dimaksudkan dengan rohaniah itu ialah di mana, seperti kita tahu, di dalam
islam, terdapat banyak surah-surah mahupun ayat untuk memperolehi anak-anak
yang bijak, mendengar kata dan sebagainya. Apabila dalam keadaan mengandung,
ibu-ibu membacakan alunan ayat suci al-quran, si anak yang masih di dalam perut
ibu seakan-seakan mendengar. Dan alangkah indahnya, di saat di dalam perut lagi
kita sudah memperdengarkan kepada mereka ayat-ayat suci tersebut.. Untuk amalan-amalan rohaniah yang lain boleh dibaca di sini.
Bayangkan
sahaja jika dalam masa 9 bulan 9 hari mengandungkan si anak tadi, kita
memperdengarkan kepada mereka perkara-perkara yang baik, saya percaya, minda
mereka juga akan mampu menerima yang baik, dan insyallah, di dalam situasi yang
seperti ini, anak yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang bijak malah
berilmu, sewajar yang dituntut di dalam islam.
Maka,
kesimpulan yang dapat saya simpulkan,untuk melahirkan anak yang bijak, langkah
sebaiknya yang perlu kita ambil bermula sewaktu di dalam kandungan lagi, di
tambah dengan pengambilan vitamin yang merangsang otak si bayi. Vitamin yang
boleh saya cadangkan adalah seperti yang tertera di ruangan bawah.
Amalan-amalan rohaniah jika kita lakukan
dengan istiqamah, pastinya ia menjadi sesuatu yang bernilai kepada keluarga
kita. Ingat, untuk melahirkan anak yang cemerlang, terbilang, selain memberikan
sumber makanan yang berkhasiat dan berkualiti, ibu bapa juga perlu memastikan
dari sudut keagamaan juga ada, kerana tanpa ilmu agama, mungkin kita tidak
mampu menghasilkan anak yang berkualiti untuk jaminan di dunia mahupun akhirat.
Coretan motivasi dari Dato Dr Haji Fadhilah Kamsah
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
NURUL
FAZEATY BT MOHAMAD RADZUAN
0 comments :
Post a Comment