Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa...hehehehe...Rasanya belum terlewat untuk saya serta keluarga
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , MAAF ZAHIR DAN BATIN. Bagi pihak
keluarga saya, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sanak saudara, kaum
keluarga yang jauh dan dekat, sahabat handai yang jauh dan dekat lebih-lebih
lagi yang dekat tetapi tidak berkesempatan untuk berkunjung lagi dan kepada anda semua yang membaca ucapan ini.
Maaf dipinta sekiranya terdapat kelanjuran kata kesilapan tingkah maklumlah
kita hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Semoga Syawal kali ini lebih bermakna kepada kita semua dan sama-samalah kita
berdoa semoga kita dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t untuk bersama-sama lagi
di bulan Ramadhan tahun hadapan, InsyaAllah.
Saya cuma nak imbas kembali sambutan hari raya tahun ini untuk ingatan dan kenangan saya. Pastinya anda semua juga punya nostalgia hari raya bukan??
Untuk pengetahuan semua,pada HARI RAYA PERTAMA
menjadi kebiasaan kepada ahli keluarga saya untuk menziarahi pusara arwah
datuk dan nenek. Di samping membersihkan kubur, kami turut bersedekah
Al-Fatihah dan berdoa semoga roh mereka dan ahli kubur yang lain dicucuri
rahmat dan ampunkan segala dosa serta ditempatkan di dalam syurga bersama-sama
dengan para anbia' dan syuhada'. Sesungguhnya, daripada Allah kita datang
kepada Allah jualah kita kembali.
Selepas
menziarahi pusara arwah datik dan nenek saya, kami sekeluarga akan beraya di
rumah sedara mara yang terdekat. Buat pengetahuan semua, setiap hari raya
pertama, saya akan beraya dahulu di rumah makcik saya yang paling rapat.hehehe
maklumlah dia je yang terdekat..yg lain masing2 jauh katakan.ehhehehe
Dalam
beraya tu sempat la kami tangkap beberapa gambar untuk dijadikan kenangan Raya
dan untuk dihantar kepada saudara saya yg jauh terutama di Sabah J
Bersama dengan emak dan sepupu, Nisa |
sebahagian dari ahli keluarga NAMAT dan LIJAH :) |
Sudah puas
kami beraya, kami balik ke rumah untuk melayan tetamu pula…Menu pertama mak
masak di pagi raya pertama ialah laksa..nyum3…hehhehehe
Juadah raya pertama : laksa |
Juadah raya kedua ; nasi tomato dan ayam masak merah+jelatah |
Pada petangnya
pula, kami beraya di rumah ayah sedara saya di kg Simee.. tiada apa yang
menarik sangat Cuma dapat la titipkan gambar2 untuk tatapan.hehehehe
PADA
HARI RAYA KEDUA, saya dan adik-adik
beraya di kg halaman kami, di Parit.hehehe..dekat je pun..kebetulan ade buat
makan2..masak ape??? Nasi briyani dengan kambing kurma…nyum3…hehhehehee
Sepanjang
ade di sana, saya dapat la bertemu dengan sedara-mara.. best la jugak, sbb tak
ramai sedara yang saya kenal, jadi bila balik ni, dapat la berkenalan.hehehe..
Cuma maaf la,tak dapat pulak bergambar bersama mereka, disebabkan pada hari tu
saya tak sihat sebenarnya L… naik selesema yang teruk.. tetapi alhamdulillah, selesema makin
pulih bila saya telan beberapa biji alfafa...korang tak thu ke alfafa ni boleh
untuk orang resdung??? Kalo amalkan memang cepat ok la…jangan ingat utk kurus
aje..hehehehe
Sampai ke
petang juga saya dan adik-adik beraya di sana..balik2 siap2 nak tidur je.heehhe
Adik-adik bergambar dengan Opah sebelah abah :) |
Raya ketiga..nak
tahu ke mana lagi kami??? Kami ke taiping… beraya umah bapa sedara belah emak..
kami bertolak awal.maklumlah takut jammed kan.hehhe.. alhamdulillah, dkt kul 11
jugak kami sampai… rasanya langkah kanan kami ni, owner umah tengah masak makan
tengah hari..jadi ape ke lagi, berkelah lah kami di sana…nak tahu apa yang di
masak?? Daging masak salai, gulai tempoyak, ikan goreng, dan ape lagi
..petaiii.heheheh
Memang
puas sangat..bukan puas makan je, tapi puas dapat berkumpul makan
bersama..jarang ooo nak dapat makan sama ni J.. selepas makan tu, sampai ke petang juga kami
berborak..
akak dah siap2 posing lagi.heheheh |
cantiknya emak saya ni :) |
Dah penat
kami berjalan..dari taiping ke setiawan, memang best dan seronok, Cuma keadaan
jadi kurang gembira lepas tu..Mak tiba-tiba muntah..lebih 3 kali juga kami
berhentikan kereta, untuk bantu mak L
Balik ke
rumah hampir pukul 10malam, ingatkan mak dah sembuh bila saya belikan ubat
untuk dia makanm tetapi tidak juga.. dekat pukul 5 pagi, abah dan akk bawak
emak ke hospital.. siang dengan mak..
Untuk
pengetahuan kalian, mak akhirnya ditahan wad pada hari raya ketiga pukul 4
petang.. Allah, terasa berat seketika untuk terima..Di hari raya, mak terpksa
duduk di dalam wad.. Orang lain seronok beraya, tetapi kami?? Tetapi saya tahu,
inilah ujian Allah..Manakan tidak Allah membebani kita di luar kemampuan kita
kan??
Doktor
katekan yang mak mengalami tekanan darah tinggi dan keracunan makanan..tu sebab
mak muntah2.. jadi mak di tahan bagi pemeriksaan lanjut…Sepanjang emak sakit,
saya dan akan bergilir-gilir menjaga…Pagi akak, malam saya..alhamdulilah dari
situ saya tahu Allah nak tengok kami pikul tanggungjawab ini J
Syukur,,
pada hari raya
ketujuh, emak dibenarkan oleh doktor
untuk keluar dari hospital.. emak diberikan cuti untuk berehat…terima kasih
kepada mak sedara saya, Nor faizah yg tolong kami di hospital..memandangkan di
kerja di sana…tak terbalas jasa-jasanya…terima kasih juga pada abah sebab
tolong jaga rumah, masakkan lagi..hehehe..u ar the best father!!! Terima kasih
juga kpda kawan2 yang berniat nak datang melawat mak.. terharu dengan korang semua…moga
Allah redha akan niat kalianJ
mak sedara yang banyak membantu kami :) |
tadaaaa..nilah abah saya..hehhehe..my heroo :) |
Rasanya
setakat di sini sahaja coretan saya..mungkin takde yang special pun raya saya
ni, tetapi bagi saya, biarlah raya 2014 ni menjadi nostalgia bermakna untuk
saya simpan.. perkara2 yang berlaku memberi saya banyak ruang untuk muhasabah
diri…Allah..sungguh indah setiap aturanMu…
Kepada
anda semua, selamat hari raya sekali lagi ya J.. ha, sebelum terlupa, dalam kita beraya, dok bercerita
tentang raya, nak juga la tahu jika ade sesiapa yang berminat nak tahu sal
Shaklee..jgn malu2 komen pd saya yaJ…anda kan dilayan sebaik mungkin..insyallah
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh
hubungi saya di:
NURUL FAZEATY
BT MOHAMAD RADZUAN
0 comments :
Post a Comment