![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBOW5A_1MsxSNVs3hnaBnSPRLNXHV_WU_qAndWJV3hGR8Jw3WqE2nNpsudqGrtUVrEJiP2ODi7PfGeb_Kt5ifk5FMZ7iOkxahDHgHeDAEHjoxWzjOE_EIdpdcLZ12udsoOey2-lv2YD_FT/s1600/Screen+Shot+2012-07-20+at+8.59.02+PM.png)
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana mempertemukan
kita pada bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadhan. Diharap Ramadhan yang
lalu diri kita dimulakan dengan senyuman, ayunkan langkah dengan keyakinan,
akrabkan hati dengan Tuhan, rapatkan diri sesama insan.
Sebelum saya berkongsi sedikit cerita saya sepanjang di bulan
Ramadhan, ingin saya kongsikan sedikit di mana Nabi SAW berkhutbah panjang
tentang kelebihan bulan Ramadhan. Antaranya Nabi SAW berpesan akan datang
kepada kamu satu bulan yang sangat agung dan bulan yang sangat berkat. Indahnya
Ramadhan adalah sesuatu yang dirasai oleh hati. Oleh itu kita perlu melihat
Ramadhan melalui kaca mata hati. Sesungguhnya benarlah kata-kata ini – “Buta
mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan ke syurga”. Oleh
sebab itu titik permulaan untuk merasai keindahan bulan Ramadhan adalah seperti
yang Allah nyatakan dalam ayat 183, surah Al-Baqarah yang dibacakan tadi –
melalui iman. Hanya orang beriman yang akan merasai kelazatan apabila memasuki
bulan Ramadhan.
Saya sedar bertapa nikmat dan syukurnya kerana saya masih
lagi diberi peluang untuk merasai ramadhan ini…kalian semua nak tahu, saya rasa
dalam banyak2 ramadhan, ramadhan kali ini terasa amat bererti dan terlalu
terindah dari ramadhan yang lalu…sebab apa??? Hanya saya dan Allah yang
mengetahui J
Perkara Pertama dalam bulan ramadhan yang selalu kita akan
lakukan ialah, solat bertarawih.. anda semua buat solat tarawih??? Hehehhe…untuk pengetahuan
korang semua, selalu nya saya solat berjemaah di surau(bersama kawan2
universiti), tak pun bersama mak saya di rumah..memandangkan keadaan dia yang
tidak berapa sihat, saya solat berjemaah bersama emak saya..Cuma mungkin tiada
rezeki, ramadhan kali ni saya banyak mendirikan solat bersendirian.. nak buat
dengan emak, mak tak berapa larat, dia sering buat lewat malam..selain itu,
disebabkan pada ujg minggu saya bekerja sehingga 10 malam, jadi saya terpaksa
solat tarawih lewat..
Dulu, saya rasa sedih gak tak dpt solat berjemaah, tetapi
bila saya pikir2 balik, tidak mengapa,asalkan niat saya baik untuk melakukan
solat tarawih..:)..saya harap insyallah ramadhan akan datang saya nak set niat
utk bertarawih berjemaah di masjid.
Kedua, pada ramadhan kali ini, alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk
buat solat dhuha dan baca al-Quran… Sejujurnya dulu saya tak pernah buat
solat dhuha..bagi saya solat dhuha tu apa??? Apa powernya??? Tetapi alhamdulillah, Allah bagi saya peluang merasai KEHEBATAN
dhuha…allahurabbi L.. dalam ramadhan, saya latih diri saya untuk buat solat
dhuha, kalau boleh hari2.. saya nak jadikan ramadhan ni permulaan yang
berterusan untuk saya melakukan dhuha… untuk pengetahuan korang semua, saya
lebih rasa excited dan teruja untuk melakukan dhuha, bukan sahaja kerana
Kehebatannya, tetapi kerana Allah dekatkan saya pada mereka-mereka yang sering
mengingatkan saya tentang dhuha…Allah..rasa seronok dan bersyukur dapat kenal
akak-akak,abang-abang dalam group SHAKLEE yang selalu bagi semangat dan
dorongan..mereka selalu menasihatkan saya dan yang lain-lain supaya untu
berjaya dalam hidup, tak kira la bidang apa pun, perkara yang paling penting
kita kena pelihara adalah hubungan dengan Allah..ingat!! jika kita jaga
hubungan kita dengan Allah, pastinya Allah juga akan pelihara hubungan kita
dengan manusia..
Ketiga, Perkara lain yang dilakukan dalam bulan ramadhan, ialah bersedekah..alhamdulilah,
walau bukan selalu, walau bukan banyak, tetapi Allah bantu saya dalam mencari
pahala dan cara untuk membantu orang lain.. bagi saya, bersedekah bukan dinilai
melalui banyaknya nilai yang kita sedekahkan, tetapi dinilai sebanyak mana
keikhlasan hati kita untuk bersedekah…
Di dalam satu petikan surah Al-Baqarah:
Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah
dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah
kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari
orang-orang yang soleh”
Dalam pada itu, untuk pengetahuan kalian semua, di dalam
bulan ramadhan ni, saya ada amik sedikit tempahan popia nestum horlick dan
oreo milo.. Alhamdulilah, rezeki bulan ramadhan.. saya dapat lebih 40
balang tempahan, dan dari situ saya niatkan rm1 dari pembelian akan
disedekahkan kepada yang memerlukan.. kenapa say buat semua ni?? Jawapannya
mudah…saya bukan hanya ingin saya sahaja diberi pahala bersedekah, diberikan
syafaat atasa amalan2 kebaikan yang saya lakukan, tetapi saya nak tarik, saya nak
sekali kawan-kawan, orang di sekeliling saya peroleh pahala bersedekah ni..dan
Alhamdulilah J
Yang terakhir sekali, perkara yang amat sukar kita buat bukan
sahaja kalian, tetapi juga saya.iaitu bangun malam. Allahurabbi..berat
mata ni..berat badan ni.. tetapi saya ingat pesanan dari ustazah Hafizah mUsa “
Tidur kita kalau boleh bukan hnya untuk tidur sahaja sepanjang malam, tetapi
untuk beriabadat”
Selalunya saya akan bangun tima sahur untuk tolong mak, jika
ada la.hehehe..dan kemudian saya akan luangkan masa sekejap untuk solat sunat
ataupun baca al-Quran.. bukan banyak pun, tetapi saya cuba buat. Sebab saya
tahu, Allah suka HambaNya yang berusaha..
Tetapi kalian semua, maafkan saya ya..coretan di dalam blog
ni saya tulis bukan untuk mendabik dada, menunjuk bahawa sayalah yang baik,
sayalah yang hebat..tidak !! tidak sama sekali… saya juga manusia biasa yg
masih mencari Hidayah itu..
Apa yang saya kongsi inilah adalah perkara yang saya lakukan
sepanjang ramadhan, walau bukan setiap hari…
Kesimpulan nya, perginya Ramadhan akan dirasai..kerana
kemanisannya hanya akan kita rasai setahun sekali sahaja.. Alhamdulilah, Terima
kasih ya Allah bagi saya tenaga untuk kekal sihat.. tetapi jangan kalian lupa,
sebab apa saya kekal tenaga walau saya seorang yg agak berisi.?? Jawapannya, sebab
saya amalkan Shaklee…iaitu esp, lecithin dan juga alfafa… J
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh
hubungi saya di:
NURUL FAZEATY
BT MOHAMAD RADZUAN
..SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT SUKAKAN HAMBANYA YANG BERUSAHA..
0 comments :
Post a Comment