![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwXj52KhkgTedPCAnrfMzQgd_KYTq-FfKb9Hbf-tJBm6fYTYKoWUvH6mxpOZtRq5rXVoSsk4-TA7Gy3wLGBiBwy03A_TNPg4qU5lZpWfiViBuEg8GC4_hRIMfHnCSsyDHvk-cbQ8aUurgy/s1600/%253D%253Futf-8%253FB%253FVmlvbmEgQXRpa2EgUmFuc3VuLmpwZWc%253D%253F%253D-765535.jpg)
Setiap dari pasangan suami isteri akan menginginkan zuriat. Tiada
sesiapa yang tidak menginginkannya. Tetapi, kadang kala keadaan tidak
mengizinkan atas sebab-sebab tertentu..
Jika kita lihat, masalah tidak mendapatkan zuriat disebabkan masalah
ketidaksuburan bukan sahaja di pihak isteri, malah juga di pihak suami. Kita
tak hanya boleh menunding jari hanya pada satu pihak sahaja..
Ramai yang masih tidak memahami dengan jelas dan kurang faham akan
punca masalah kesuburan ini.. Jadi saya akan nyatakan beberapa punca
ketidaksuburan pada kaum perempuan dan juga lelaki.
Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :
1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.
Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan.
Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi
masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses
luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala
terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam
badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan
hormon, selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur
berupa folikel). Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai
berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar
dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti
fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi
dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu
disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami.
Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.
2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketidaksuburan.
Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan
tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan
tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin
kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh
berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di
dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau
terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda
juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca
masalah tersebut.
3.Endometriosis.
Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam
rahim)berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui
bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit
selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang
abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku
radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal
melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan
membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.
4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).
Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak
dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi
yang akan menyerang sel tersebut. Kes ini di mana antibodi yang menyerang sel
sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak
dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.
5.Masalah pada rahim.
Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk
seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear,
seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas
rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan
janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah
keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan
kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di
dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita
dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia
boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan
ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.
Punca- punca masalah ketidaksuburan dikalangan lelaki:
1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.
Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat
menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi.
Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan
mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1
mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara
sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh
bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal
sekurang-kurangnya 30% dan sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada
sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak
dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah
rendah.
Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai
masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga.
Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan
kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin
lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah.
Penyebab yang
lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, Masalah
keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti
selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini
selalunya bersifat sementara. Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca
masalah tersebut.
2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.
Dalam 4% dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi
dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui
ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi
ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat.
Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini,
tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang
menyebabkan tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat
pembiakan sebelum ini.
Setelah mengetahui punca-punca masalah kesuburan, pastinya ramai di
antara pasangan yang sudah berkahwin akan cuba mencari pelbagai cara
penyelesaian serta mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.
Walau bagaimanapun, masih lagi yang mencari-cari dan tidak jumpa
akan produk yang sesuai dan berkesan..
Jadi, saya nak share dengan anda semua, satu produk di mana mampu
menyelesaikan masalah anda J..…INSYALLAH…
MEMPERKENALKAN.......SET KESUBURAN SHAKLEE!!
Mengapa Set Kesuburan Shaklee?
- Set ini memperbaiki kebolehan
seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
- Menyeimbangkan hormon bagi
wanita.
- Memberi kesihatan kepada sistem
reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
- Meningkatkan kiraan sperma.
- Memanjangkan hayat sperma
apabila dilepaskan.
- Tingkatkan motiliti sperma dan
halang sperma dari bergumpal.
- Tambahkan hormon estrogen bagi
isteri dan testosterone bagi suami.
- Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.
Bagaimana Set Kesuburan Shaklee
Membantu Hamil?
Set ini mengandungi multivitamin
dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Menurut kajian Harvard
Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil
multivitamin dan multimineral.
Hal ini juga telah disahkan oleh
Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:
Di dalam set kesuburan Shaklee terdapat
set asas yang terdiri daripada :
Set asas dalam SET KESUBURAN
SHAKLEE
ü Vita-lea
ü B-complex
ü Vitamin
C
Set kesuburan untuk lelaki
ü Vitamin
E
ü Zinc
Set kesuburan untuk perempuan
ü GLA
ü Alfafa
Berapa harga bagi setiap SET
KESUBURAN INI???
Untuk entry kali ni saya, saya cuma nyatakan punca masalah kesuburan dan apakah
senarai produk untuk set kesuburan Shaklee…Insyallah di entry yang lain saya akan
kongsikan kepada anda semua manfaat dan kepentingan produk-produk dalam set
kesuburan Shaklee ini…
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh
hubungi saya di:
NURUL FAZEATY
BT MOHAMAD RADZUAN
..SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT SUKAKAN HAMBANYA YANG BERUSAHA..
0 comments :
Post a Comment